Saturday 30 March 2013

Set Genius: Vitamin Shaklee untuk pelajar



Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Hari ini saya nak share tentang vitamin untuk pelajar.  Ramai yang tak tahu bahawa Shaklee juga ada vitamin untuk pelajar. Maknanya vitamin Shakle ini memang berfaedah untuk setiap peringkat umur dan bukan untuk golongan tertentu atau penggunaan tertentu sahaja.

Saya namakan set ni Set Genius, kerana kesan daripada pengambilan set ini, pengguna akan:

~semakin mudah untuk fokus pada pelajaran
~badan cergas dan bertenaga  walaupon selalu tidur lewat
~ingatan semakin kuat dan tidak mudah lupa
~mudah memahami apa yang dipelajari
~berasa lebih tenang dan tidak stress
~mudah bangun di awal pagi
~tidak mudah mengantuk ketika belajar

Set Genius ini terdiri daripada 3 produk iaitu Omega Guard, B Complex, dan Lecithin.

Omega Guard



  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
B Complex


  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin



  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Untuk info, OmegaGuard boleh diambil oleh si anak kecil seawal usia 1 tahun tapi perlu dapatkan konsultasi daripada saya untuk dos yang sesuai.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya (Puan Jaja) di:
facebook:  www.facebook.com/RahsiaSlimSihatDanCeria 
email:  Rahsiasihat@gmail.com
Telefon:  017-6043650

InsyaAllah, pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik.

Saturday 9 March 2013

Air untuk kehidupan yang sihat.....

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Berkongsi sedikit info tentang air. Kita disarankan untuk minum 1 liter air bagi setiap 25 kg berat badan kita... berat saya sekarang 55 kg. maknanya saya perlu minum lebih kurang 2 liter air... kita juga biasa dinasihatkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.. Jom kita lihat fakta yang sebenar..

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.


sumber:http://www.kesihatan.biz/Air_Minum.php


Saya tak mengandung laaa... tapi saya gemuk huuuhu.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Dialog yang meruntun hati dan perasaan yang tidak dapat di lupakan.

pegawai: cikgu, cikgu mengandung duduklah...

huwaaaa... mne de mengandung... sye gemuk..*sedeh dlm hati.

sape sangka perempuan gemuk yang dikatakan mengandung ni boleh menurunkan berat badan.. yang penting ada doa, keazaman dan usaha. chaiyok!!!!!



jom tengok tips menurunkan berat badan.
Tips menurunkan berat badan:

• Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
• Pastikan keperluan tenaga anda.
• Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
• Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
• Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau menghadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
• Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
• Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
• Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, lima hingga enam hari seminggu.
• Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
• Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
• Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.

pm/ whatsapp 0176043650

Lecithin...... membakarrrrr lemak dalam badanku.

LECITHIN
---------------
Bismillahirrahmanirrahim...
Berkongsi maklumat lecithin untuk kesihatan dan juga untuk pelangsingan badan. Insyaallah manfaatnya dapat dikongsi bersama.

APA TU LECITHIN? 
• Lecithin adalah sumber mentah setiap sel dalam badan.
• Merupakan gabungan choline, inosite dan essential fatty acids yg lain.


APA MANFAAT LECITHIN PADA DIRI ANDA?
• 1. Lecithin ni membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
• 2. Ia mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
• 3. Supaya otak kita cerdas
• 4. Mengurangkan nyanyuk pada org-org tua.
• 5. Ia mengekalkan kandungan air dalam kulit.
• 6. Lecithin ni mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak.
• 7. Lecithin nie merupakan emulsifier yg kuat. Dia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
• 8. Membantu pengaliran lemak
• 9. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan.
• 10. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
• Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
• Pesakit diabetes dan buah pinggang.
• Penderita stroke.
• Mereka yang kolesterol tinggi.
• Mereka yang mengalami inflamasi.
• Mereka yang sukar tidur.


untuk maklumat lanjut dipersilakan pm/ whatsapp 0176043650 (pn jaja)